Prosedur Tuntutan Bukan Motor

Langkah1
Laporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan dalam tempoh 24 jam jika terdapat kejadian melibatkan kematian, kecederaan, kerosakan, kehilangan hartabenda.

Langkah2
Memaklumkan kepada Takaful IKHLAS dengan menghubungi Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2723 9999 (waktu pejabat) atau pergi ke cawangan yang berdekatan dan memenuhi borang tuntutan yang disediakan dalam laman ini. Kemukakan nama penuh Peserta/Penuntut, alamat surat menyurat serta nombor telefon untuk dihubungi.

Langkah3
Serahkan dokumen-dokumen sokongan sebagai bukti kejadian berlakudan kerugian/kecederaan yang dialami. Dokumen sokongan tuntutan adalah berbeza mengikut produk sijil perlindungan anda.

Langkah4
Pihak Takaful IKHLAS akan memaklumkan kepada anda jika ada sebarang dokumen tambahan untuk memproses tuntutan anda.

Langkah5
Pihak Takaful IKHLAS akan melantik penyelaras kerugian jika perlu untuk menilai tuntutan anda. Penyelaras kerugian akan menghubungi anda untuk tujuan ini.

(English)

%d bloggers like this: